Sunday, August 31, 2008

Hari Istimewa: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Puasa dah mula dah tepat 1 Ogos 2008 ni. Kepada korang yang malas nak puasa seperti tahun-tahun sebelum ni berpuasalah korang, kot-kot malas macam ada member aku asal je masapuasa mesti penyakit gastrik dia datang. Puasa ni selalnya bolehlah kita berjimat, kawal nafsu sikit tak macam sebelum puasa ada jugak nak dibeli. Tapi kadang-kadang masa puasa ni boleh jugak terlebih bajet bila kita tengok kadang-kadang ada orang masa nak berbuka tu bermacam-macam dibeli dari nasi dengan lauk 3,4 jenis kuih-muih malah air pun boleh jadi dua jenis. Ada orang macam ni perangai entah memang nafsu syaiton kot, entah-entah aku yang macam ni haha..

Korang teka apa dekat atas ni?


Hah!Kalau korang puasa sekalipun tengok nasi lemak ni mesti beliurkan?Aku saja bagi korang cemburu tengok ni. Tahan puasa tu tahan jangan tak tahan haha...


Berbuka puasa dengan ayam rendang?Aku makan Maggi je kot.


Minta maaflah aku tak ingat dekat blog sapa aku ambil gambar ni tapi apa pun best. Ni mungkin senarai menu berbuka puasa korang?

Apa pun puasa sebulan je beb! Maksimumkanlah amal anda masa bulan puasa ni dan ingat puasa anda mesti penuh, jangan buat-buat gastrik pulak haha...Selamat Berpuasa!

Chow..


0 comments: