Wednesday, September 3, 2008

Mnemic - Passanger


Track Lists:

1. Humanaut
2.In The Nothingness Black
3.Meaningless
4.Psykorgasm
5.Pigfuck
6.In Control
7.Electric I'd Hypocrisy
8.Stuck Here
9.What's Left
10.Shape Of The Formless
11.The Eye On Your Back



Anggota kumpulan dan posisi:
1. Guillaume Bideau - Penyanyi Utama
2. Mircea Gabriel Eftemie - Gitar & Keyboard
3. Rune Stigart - Gitar
4. Tomas Obeast Koefod - Bass
5. Brian Brylle Rasmussen - Drum

MNEMIC ialah sebuah band yang terdiri daripada 5 orang anggota yang berasal dari Aalborg, Denmark iaitu negara di mana asalnya band hebat seperti Fear Factory. Nama band ini iaitu perkataan MNEMIC berasal dari singkatan "Mainly Neurotic Energy Modifying Instant Creation". Muzik mereka diklasifikasikan sebagai gabungan muzik melodic death metal dengan industrial metal. Muzik mereka penuh dengan riff-riff yang dikatakan berat dengan gabungan suara unik yang menjerit dan diselitkan vokal melodic.

Album mereka Passanger adalah paling baru setakat ini, keluar pada tahun 2007 dan kini mereka sedang sibuk untuk merekod material untuk album mereka yang paling baru. Dikatakan album ini adalah produsernya Christian Olde Welbers iaitu pemain bass Fear Factory sendiri. Walaupun muzik mereka banyak pengaruh Swedish death metal dengan pengaruh industrial metal tetapi album Passanger ini lebih kedengaran muzik metalcore pada pandangan kebanyakan orang. Tapi tidak kisahlah muzik mereka sebab aku enjoy jugak dengar muzik diorang ni. Aku pun baru kenal band ni selepas download diskografi mereka di sebuah blog. Dalam album ini lagu yang sering menjadi perhatian saya ialah Psykorgasm, Pigfuck, Electric I'd Hypocrisy dan Shape Of The Formless.

0 comments: